Categories
general

ziarah ke Tanah Haram…

Syukur Alhamdulillah, diberik kesempatan oleh Allah untuk sampe ke kota Makkah dan Madinah. walaupun bukan utk ngerja Haji, dapat ngerja umrah pun dah cukup.

Bercampur-campur jak perasaan. ada rasa sedih, ada rasa gembira, nervous, takut… sebab bukan sebarang tempat yang nak dipergi ya. pertama Makkah tok letakkan nya kaabah, kiblat kita. nak nanggar depan mata… lamak tok dengar cerita jak dari family and kawan2 yg dah sampe sinun. tok dirikpun nanggar depan mata… Alhamdulillah dilangsungkan Allah juak menjejakkan kaki di masjidil haram….

Nak masok ke Tanah Haram @ Makkah, sik dpt terus masok berbaju biasa. Wajib kita berihram dolok, dan terus molah Tawaf dan Saiee, dan bertahlul sebelum kita melepas ihram. dalam erti kata lain molah umrah la…

Dari dalam belon dah berihram. kamek org bertolak dari KLIA hari 4hb Disember. Tghari… flight 8jam, tp sampe sinun 5ptg hari ya sama di Jeddah. masa ada kebelakang 6jam. jadi sekiranya di Malaysia tok pukul 1200tgh sinun baruk 6pagi. balit2 sitok, alu kenak jetlagg aku. time sampe sinun pun sama juak. ada rasa ngantok2 jak mata utk beberapa hari pertama.

Malam ya juak kmk org ngerja umrah. dah selesai umrah pertama. hari keduak ya kmk org telah dimbak ziarah ke kota makkah. dimana melawat tempat-tempat bersejarah seperti gua thur, jabal nur dan terus ke ja’ranah utk molah miqat utk umrah keduak, sapa yg maok molah la… mun sik maok pun sik hal, sebab umrah wajib waktu datang ya dah dipolah nak… kira dah masok ke makkah lah.

samadirikimg_6149
somewhere area jabbal nur

Dalam ngerja umrah tok, yg paling utama adalah ihram. sekda ihram maka sekdalah umrah. ihram tok kiranya pakaian lah, kain putih 2 igek yg sik bersambung hujungnya. sigek dipakey sabok, sigek gik kepakey nutup badan. nak berihram perlu berniat. yalah tek ke tempat miqat ya tek, kira border sblm masok ke makkah.

Dalam ihram, ada banyak pantang. contohnya sik boleh nyabut tumbuh-tumbuhan, nyabut bulu, makey pakaian berjait, sik boleh bergaduh, dan beberapa lagiklah larangan. sekira dilanggar, boleh dikenakan denda yg dipanggil ‘dam’. kenak dam ya agak besar juaklah. melih sikok kambing jaik2 nya lah atau merik makan sejumlah fakir miskin, ataupun boleh diganti dengan puasa. depend ngan kesalahan.

Ihram hanya terlepas selepas kita ngerja tawaf dan saiee secara berturutan, lalu bertahlul- motong beberapa ley rambut. lepas ya ok lah sekda pantang larang lagik. tapi nama di tanah haram, tempat istimewa. sik dpt juak nak cabol sebarang olahan kita…

hari keempat kamek org di makkah, kmk org telah dimbak melawat ladang unta sblm sampe ke hudaibiyah. Rami kamek org terkejut air kemeh unta disitok boleh diminum. hehe. sekda juak encoba nya. sekadar nanggar sidak berjual ajak. haha…

Selepas dari lawatan terus ke hudaibiyah bermiqat utk kali ketiga dan molah umrah yg ketiga. Alhamdulillah, dpt molah tiga kali umrah. sigek juak syukur gilak2 dapat molah ziarah ke kawasan perkuburan urg ninggal bapak di sitok. hari sebelumnya.

Berbeza dgn kita di Malaysia, sidak sitok sik molah kubur yg bagus2, paling jaik berbatu nissan. cuma hanya ada batu penanda ajak. sekda nama, sekda apa. kata mutawif kmk org, di arab ya sidak lebih berpegang dengan pendapat, urusan manusia hanya di dunia tok ajak, lepas mati habis lah. sik payah dikenang, sik payah di apa. cukuplah. even tahlil pun daknya sekda molah macam kita.

DCIM100MEDIA

Hari jumaat kmk org bergerak meninggalkan kota makkah sebelum ke madinah, tempat  Nabi Muhammad S.A.W disemadikan bersama para sahabat. di Makkah tok pun ada juak Sahabat yg dikebumikan disitok. terutama sekali isteri Nabi yg Pertama, Siti Khadijah r.a disemadikan di Makkah tok.

Perjalanan ke Madinah ngambik masa lebih kurang 6 jam perjalanan dari Makkah, tambah masa mbak singgah gik, arumbulak dekat nak 7 jam juak. tok perjalanan waktu biasa. cuba jak imagine perjalanan waktu sidak molah haji. mcm ne ndak kah….

samadirikimg_6255

samadirikimg_6254

toklah masjid persinggahan antara makkah dan madinah. turun2 jak rah sitok, suhu nya terus bertukar. sejok. dingin. rasa di kaki gunung…

Sampe di Madinah, suhu nya jaoh berbeza dengan Makkah. sitok hawa nya dingin. sesuai dengan barakah tempatnya yg menjadi maqam Nabi Muhammad S.A.W.

Di Madinah, semestinya tumpuan utama kita adalah masjid nabawi, di sia letaknya maqam nabi Muhammad s.a.w. Nabi terakhir umat manusia.

samadirikimg_6346

Banyak istimewa tempat tok, dimana di dalam masjid nabawi ada maqam nabi dengan duak sahabat rapatnya, Saidina Abu Bakar r.a dgn Saidina Umar al Khattab r.a yang cuma bersebelahan dengan maqam Nabi.

Selain ya, bak kata Rasulullah s.a.w… antara rumahnya dan mimbarnya adalah antara taman syurga, yakni raudhah. sialah tempat paling mustajab berdoa bagi mereka yg berhajat. tapi nak masok ke sia, bukanlah suatu perkara mudah. terpaksa berqueue panjang utk masok kesia..

DCIM100MEDIA

Sebenarnya, syukur Alhamdulillah juak aku dpt jejak kaki ke Makkah dan Madinah. sik pernah terfikir juak sebenarnya Allah jemput juak aku sampe ke sia. ngenang amalan dirik pun, ngenang kemampuan dirik pun… semua ya jadi sadaran aku awal2 bila mikir nak ke sinun.

nyata barang ya semua alasan kita ajak. Allah yg jemput kita, dan-Nya ngator sebaik-baik perancangan untuk kita. urusan nya jadi mudah. Alhamdulillah dpt juak nyejak kaki ke makkah dan madinah.

Banyak gik yg menarik, tp share dlm bentuk gambar jaklah. Semoga kita semua dpt ikhtibar dari penulisan yg serba ringkas tok. Sbb besarnya pengalaman tok. hehe.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *