Categories
general

Lebih Setahun sik aktif

Dah dekat nak setahun lebih dah sekda entry. bukan sekda idea, tapi dah terlampau malas nak menulis, bercerita, walaupun ada HP ditangan.

mungkin dah menjadi lumrah manusia kali.

pada masa yang sama, aku ada juak benda-benda lain yang nak dipolah.

boleh dikatakan rasa macam dah ‘kurang minat’ untuk mengomentar panjang-panjang masalah zaman sekarang.

kerana dah terlalu yakin, sekda juak urg berminat nak baca.

trend semasa kinek tok lebih menjurus kepada penggunaan media social. tapi sik mustahil suatu masa kelak platform mcm blog kedak tok akan kembali dipakei.

tapi amat memerlukan pembaharuan. pendek kata nya, perlu juak ada element social media.

waktu tok mungkin lom perlu, tapi bila dah dekat-dekat waktu nya kelak contoh macam musim cuti sekolah, musim perayaan atau pilihanraya, blog akan menjadi tumpuan.

urg sebenarnya perlukan source of info yang relevan.

img_20190918_102347
suasana berjerebu di kawasan kuching beberapa hari lepas.
Categories
general

Drama Malaysia Baru

Berlalu PRU14, BN ditulak mantak² oleh dak Malaya. Kedak ya juak di Sabah dan sebahagian lagik di Sarawak.

Kemunculan Pakatan Harapan ditanggar mbak sinar baru politik Malaysia.

Tapi bg aku, ia lebih kepada ‘correction’ yg coba dipolah oleh Tun Mahathir lepas 15 tahun nya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

1998, Tun muang urg paling kanan nya- Anwar Ibrahim. Terpalit di nama Anwar ibrahim cerita ‘pelik’ yang susah dipercayak.

Anwar hebat berpidato, menentang habis²an Dr Mahathir sampe nya disumbat dlm penjara dan menubuhkan parti ’reformasi’- Parti Keadilan Rakyat (PKR) utk menentang parti BN yg diketuai Mahathir waktu ya.

Terpecah lah Umno atau kata lain Melaya kepada dua puak besar.

Dalam satu pilihan raya umum sekitar tahun 2003, dah nampak bibit² perpecahan umum di semenanjung.

Bertuah sekali BN kerana di Sarawak urg masih sik ambik endah politik Semenanjung. Nyata Peti Undi Sarawak amat berharga. Waktu ya…

Pasca-Era Dr Mahathir, nya meninggalkan legasi kepimpinan 22Tahun nya dgn Tun Abdullah Ahmad Badawi sepenggal, Lepas ya Najib Razak untuk dua penggal.

Tun Mahathir madah: GAGAL.

Waktu Pak Lah, Tun Mahathir dah awal² nulak idea Pak Lah. Bukan setakat ya, Pak Lah jelas ditulak pengundi bukan islam. Faktor utama nya “persepsi”.

Bila Najib takeover, Tun M kembali ke UMNO tp sik lamak juak bila Tun dpt nanggar Najib pun tersasar dr landasan Tun.

Apa justification Tun M sbg ‘tersasar’? Semestinya Wawasan 2020 yg diilhamkan Tun. Sidak tok hilang focus ke arah wawasan ya. Semua gago dgn program dan agenda masing² utk mentransformasi Malaysia mengikut acuan masing².

Dengan limpah dan Rahmat Allah s.w.t. Tun Mahathir inshaa Allah akan bersama-sama dgn kita menjejak kaki ke tahun2020.

Dlm umor 93 thn, Tun Mahathir terpaksa mengorbankan sisa usianya pakey molah correction untuk Malaysia.

Bagi aku, PRU14 telah mengonfirmkan bahawa protegē terbaik Tun Mahathir adalah Anwar Ibrahim walaupun nya suka atau sik suka.

Malaysia amat mengkagumi chemistry Tun M dgn Anwar Ibrahim dolok. Tapi terkejut juak tiba² pande jadi ada conflict.

Maaflah, mun ada sesiapa yg tersinggung membaca tok- kejayaan PH PRU14 berpunca dari juragannya, Tun M.

Strateginya berkesan. Bagi aku, apa yg dipakey BN, yalah di duplicate oleh Tun M. Experience luasnya dlm selok belok pilihanraya dipakey nya utk nya kembali.

Nya pun dah awal2 madah, PM nya hanya cukup separuh penggal.

Cukup pakey nya on track ke wawasan 2020, dah syukur baginya.

Flagship 2020 nya dah hampir berjaya sbnarnya tinggal sikit gik. Tp pada masa yg sama perkembangan arus teknologi semasa juak turut menekan kejayaan wawasan 2020.

Gine kita di Sarawak?

Rami urang Sarawak terkejut dengan perkembangan terbaru tok. Ada yg melebel tsunami, ada melabel reformasi, ada yg melebel dah sampe masa utk berubah juak.

Sabar, jgn mudah gelojoh. Kita ada ‘stand’ kita pun dan sik perlu terikut² fenomena di Semenanjung.

Urg rami yakin ‘suara rakyat’ makin kedengaran. Tapi ingat jangan mudah percayak.

Di zaman moden tok, suara yg kecik mampu di ”amplified” kan oleh microphone. Effect semua ada, mauk echo, maok distortion, pitch effect, semua boleh…

Originality nya boleh hilang. Jadi jangan mudah nak percayak. Kadang² kuah lebih banyak dari nasik.

Apa yang perlu kita sedar, kita di Sarawak nyata dah terpinggir. Bait kita di Barisan mahupun di Pakatan. Sama ajak. Peti Undi kita bukan lagik deposit.

Unless ada 2nd wave datang dlm tempoh 5tahun lagik kelak, baruklah kita tok jadi ‘judi’ besar.

Pengikut pakatan tengah excited nyelak sidak Barisan, ne janji? Ne pembangunan? Ne apa lagik.

Urg barisan yang kalah mental pun bersaut persoal janji manifesto pakatan harapan sidak. Mulalah berejap siang malam sik puas hati.

Toklah kelemahan adik kakak kita. Nya bukan taksub tapi LOBA. Pengesak ati, rasa best.

Tok bukanlah masa bercerita hal sapa janji sapa sik. Tok masa utk reconstruct Sarawak utk bertepatan dengan situasi sebenar. Kita dah bersendirian.

Kita ada masalah dgn ancaman ‘ideologi’ dari luar dan dalam. Dak melayu dah lain cerita, dak cina dah lain cerita, dak dayak dah lain cerita.

Semua masang cita² utk control satu sama lain. Masing² masang jerat. Kelak² yang tumbang bukan urg lain, samadirik kita Sarawak.

Masing² mbak bengkeng kata urg.

Tambah lagik rasa cemburu yg menebal kerana perbezaan politik.

Ada juak cubaan dari luar utk memporak perandakan kita dalam Sarawak tok. Bagi sesetengah, amat suka cerita nok nyelok hak urg mcm tok.

Bagi daknya bagus di pecah sebab nya sik suka urg kaya sorang kali. Kali nya berminat nak kaya kedak ya juak kali. Terima kasih jak, jelas gilak, kau dengan nya sama juak. Tamak haloba.

Bukan cerita Robin Hood tok, merompak pakey org miskin. Niat sik pernah menghalalkan cara. Robin Hood dah sik mampu nk dlm wujud dunia moden tok.

Heroic ya memanglah heroic, tapi adakah urg sebait ya dalam dunia moden kinek tok? Moral urg kinek tok semua maok ada in return.

Sengaja mencarik aib urang ya bukanlah urusan yang bagus. Kita tok nampak bagus tuhan gik nk napok. Sik ku bulak, mun tuhan nk nampak kan aib kita kedak kita mendedahkan aib urg, rasa ku tersungkor kita kali. Jgn dicoba brg mcm ya.

Mun dah salah tetap akan salah. Kita percayak ngan Tuhan, selagik aib nya terjaga boleh jadi ada hikmah di blkg nya. Sabar ajak. Reta dunia sik ke sine juak.

Tinggal Abg Jo, Chong dan Baru

Bagi aku, ada baiknya diketepikan politik kepartian melampau buat masa tok dan masa akan datang. Bukan juak kebisingan suara rakyat yang harus didengar secara total. Tapi keharmonian ya harus dijaga. Stabiliti bumi bernama Sarawak tok perlu ada.

Nama pemimpin di atas bertanggungjawab atas set komuniti yang dijaga masing². Sekiranya keharmonian dapat dicapai, sik perlu nak binggung apa nak jadi dengan Sarawak utk berdekad akan datang.

Bukan senang nk jaga Sarawak tok tp ikutlah cara urg ninggal Adenan Satem, yang aku rasa method yg sama dipakey oleh Tun M untuk menawan hati anak Malaysia.

Sidak duak pun approach dgn nyelam sambil minum apa rasa hati rakyat, menurunkan status protokol untuk hargai setiap satu rakyatnya. Berkesan dan terkesan.

Rasanya untuk jadi seorg pemimpin yang approachable, sik dpt dimbak gilak palak straight ya. Maok ada gila² baruk senang blend in dlm masyarakat.

Dah nya perlu bertimbang tara walaupun sik sependapat. At the end of the day, nama Sarawak juak yg perlu dijaga. Sekiranya tok di tanam, bab apa² yg jadi di sebelah nun ibarat masok telinga kerek keluar kanan ajak.

Bagi aku sekda salah sidak tiga tok untuk bersatu demi Sarawak.

Bak kata aku tadik, Melayu-cina-dayak tengah bertulak samadirik time tok. Last² semua sama-sama tergugok. Urg lain tepok tangan.

Ditambah lagik perencah extra followers² sidak. Nok tauk cerita ujong pun nk masok ke tengah juak.

Bagi daknya ok jak kuah tambah, tapi sik pernah mikir kesan. Dolok cerita kedei kopi, abis kopi abis story. Kinek tok, sik nya sampe sia ajk. Mun lagik dpt diulas, diulas urg sampe mati. Power of social media…

Apa-apa Pun….

1. Kita semua terbabit dalam sebuah plot drama Malaysia. Undi kita dipergunakan untuk merealisasikan matlamat. Matlamat apa, ya sendiri lah menilai. Mun rasa dpt manfaat baguslah, mun rasa diperguna redha jak lah.

Mun ekot, undi kita sekda harga. Berapa jk sora dpt dikeluar dgn satu pangkah. Yang berkepentingan yg membuatkan rasa suara pangkah ya kuat.

Kita tok ada yg memilih kerana parti, persepsi dan emosi. Kebarangakalian nya tetap seimbang. Keputusan akhirnya, semuanya bergantong dgn siapa yg pande makei element² tok.

2. Sik dpt dinafikan kekuatan internet mampu mengubah mindset masyarakat dengan MUDAH. Kinek tok ingat jak prinsip tok:

What they saw, is what they know

Jadi sapa dolok membangkitkan isu di internet, nyalah champion.

Mun cerita si A madah si B jaik keluar di internet dolok, lepas ya baruk si B nk defend nya pun. 90% risk si B di label jaik adalah nyata.

Mun Si B nak jaik Si A lepas cerita ya keluar, sik payah jak. Sekda urg nak percayak. 100% risk si B dilabel jaik.

Tapi mun si B teruskan ajak defend nya pun dgn play humble and expose diriknya sebenar, sik payah nk jaik sapa² dgn move on, chances utk dilabel jaik akan sendiriknya lupus kerana prinsip yg sama.

Sebenarnya byk idea nak dicerita. Bukan apa suatu hari kelak tulisan mcm tok boleh jadi rujukkan sungguhpun nya dalam bahasa Sarawak…

Wallah wa’lam…

Categories
general

Loyar Muka Pintu

IMG_2370

Demam pilihan raya sememangnya dah terasa. tambahan lagik udah pun siap hari pencalonan untuk PRU14. ternyata banyak tempat ada pertandingan, sama ada satu lawan satu, tiga penjuru, empat penjuru, dan berpenjuru-penjuru jak urg nak bertanding.

13 kali dah Malaysia mengundi, dan kelak akan berlangsung pemilihan yang ke-14 untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui Malaysia untuk 5 tahun yang akan datang. dan rata-ratanya kinek tok yang tinggal adalah kebanyakkan nya generasi yang lahir di era 40an, 50an, 60an, 80an dan 90an yang akan bakal menentu nasib Malaysia selepas tok.

Kebanyakkan orang tua-tua yang pernah melalui zaman-zaman perit sebelum merdeka dah sekda lagik dengan kita. Apa yang jadi sebelum merdeka or yang patut kita kata ‘sebelum Malaysia’ dah sekda lagik. jadi tinggallah anak-anak muda di era 70an-90an untuk menunjukkan kebijaksanaan anak-anak pasca merdeka.

Selepas 1965, kita di Malaysia tok kiranya hidup aman. Sekda pergolakkan politik dan sebagainya, sampelah 1998, Tahun yg menyaksikan urg Malaysia berjaya sampe ke Everest, Terbentuknya Putra Jaya dan Kegemilangan Sukan Commonwealth ’98 di Kuala Lumpur.

Reformasi vs Kroni

Banyak nemiak kinek tok sik sempat nemu zaman ya, zaman Tun Mahathir muang Anwar Ibrahim. Zaman Reformasi. ada pun mungkin lagik maseh biak utk mikir hal politik2 mcam tok.
Lepas ya, sekda juak yang nemu zaman Tun Dr. Mahathir ngumum meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO sampe nya dipadah “Jangan Datuk Seri”, menangis sigek Dewan PWTC.
Lekak ya, Sekda juak nemiak kinek nemu mcm ne Lim Kit Siang, Mendiang Karpal Singh, Anwar Ibrahim & barisan kepimpinan keadilan nganok Mahathir berisik Kroni menguasai Malaysia, tua sik sedar dirik, dan macam-macam lagik lah ke-kuku besi-an Tun Mahathir.
Dari dolok aku percayak Tun berada di tempat yang benar. Apa dipadahnya bukanlah helah. Semua kita dpt nanggar apa yg jadi dengan Malaysia selama 22 tahun nya jadi Perdana Menteri. Setiap tindakannya tepat dan memberik kesan.
Nya sik takut risiko, rasanya baginya, apa yg betol, yalah betol.
Hakikat sebenarnya, Tun Mahathir sik payah berpolitik pun nya dah jadi somebody dalam Malaysia. Najib Razak pun dolok anak didiknya, tapi nya sik maok ngakuk najib anak didik nya kerana Najib sik maok nenggar katanya, akhirnya nya memilih utk sehaluan dengan Kit Siang & Anwar.
Urg belakang sidak tok pun nerimak Tun dan memaafkan Tun. sebenarnya rakyat Malaysia kita tok pemurah dan pemaaf kah?
cuma rasa pelik. Tun dapat di Maaf, Najib? Barisan Nasional?
Kita ada lima tahun sekali untuk memilih, jika memaafkan itu amalan mulia, maafkan lah. Byk pembangunan dah di diat depan mata. Jangan dengar omong kosong, tp perhati dengan mata.
Secara peribadi, saya berpendapat kita sik perlu pun menukar kuasa dari Barisan ke Pakatan, kerana ASAS Malaysia itu sendiri. ASAS Malaysia hanya ada dipegang oleh Barisan Nasional yg asalnya dari parti Perikatan yg membentuk Malaysia. Sekira sekda Perikatan dolok, sekdalah kita nanggar nama “MALAYSIA” dalam peta dunia.
Ada pun pembangkang, diperlukan dlm parlimen adalah sebagai check and balance ajak. Tapi kinek tok, pembangkang dah ibarat “Singapura 65” yang cuba mempersoal setiap perkara dalam perlembagaan kita. Mun zaman Tunku Abdul Rahman, kali siap2 dak tok dah disuruhnya keluar dari Malaysia.

Selalu jak sidak tok menimbulkan isu kesamaan antara kaum, bait dari segi ekonomi, sosial dan politik. which is kinek tok, banyak nemiak kita dah lupak ASAS Malaysia ya macam ne.

Semua benda tok dah ada dalam Perlembagaan Malaysia yang sepatutnya diikut, bukan nya di ubah secara total kerana perubahan secara total akan merosakkan struktur masyarakat kita.

Apa yang jadi kinek tok= ROJAK. kerana pakatan yang dipolah sebenarnya menuju towards objektif yang berbeza-beza. akhirnya sikkan ada kata putus. ding-dong kedak ya ajak.

On the other hand, sidak Barisan Nasional bergerak atas dasar yg sama, iaitu MALAYSIA. bukanlah kerana Barisan ya kerajaan tapi kerana SAYANG. tok lah pemegang sebenar ASAS Malaysia. sekiranya terbalit Malaysia tok waktu election yang akan datang, kita pun sik tauk mcm ne jadi dengan Malaysia. UNLESS, pembangkang stick dengan apa yg dah ada dan meneruskan agenda kerajaan waktu tok.

Sememangnya, bila dah jadi pemimpin besar kita sikkan terlepas dari cubaan. semestinya 3-Ta ya. Bukan urg kinek jak tauk, tok adalah kata-kata hikmah dari zaman para Nabi dolok lagik… ada wanita, ada takhta, ada harta…. maka ujian nya pasti ada.

Bersambung….

 

 

Categories
general

Kamek muslim, kitak?

Lekak peristiwa 9-11, masyarakat Islam sik pernah rasa tenteram. Byk urg yg ngait islam dgn keganasan. Bukan setakat ya, byk juak cemuhan2 burok dilemparkan ke atas org islam.

Sebelum2 tok di negeri kita sik lah ada kita dengar urg berdengki dengan islam tok tapi disebabkan ada nya media social, byk komen2, posting2 yg menggambarkan ada dikalangan masyarakat kita yg mula keliru dgn islam.

Bagi aku, kita sik perlu lalu nk merejok kerana apa yg ditauk dak nya tentang islam adalah berdasarkan apa yg dak nya tanggar dari sudut tertentu. Mungkin dak nya nanggar youtube ka, apa ka, sampe daknya salah tafsir tentang ajaran Islam. Bahkan kebanyakkan dak tok sik kenal pun agama islam ya apa.

Islam yg didiat daknya adalah luaran atau mungkin tingkah laku urg islam yg berada disekeliling daknya. Boleh jadi islam yang ditanggar daknya adalah aib seseorg yg dinampakkan oleh Allah. Hakikatnya, sidak tok xtaukpun apa ‘foundation’ sebenar islam.

Tugas yang amat berat nunggu kita sebenarnya, utama sekali kita- umat islam di Sarawak tok.

Kita tok berbilang kaum dan agama. Jadi amat penting ajaran islam ya diperjelaskan kepada bukan islam sak sik wujud kekeliruan.

Waktu tok urg bukan islam nanggar urg islam berdasarkan pandangan umum. Maksud kmk tok, daknya dekat dgn urg islam yang rapat dengan daknya. Jadi, sekiranya yg rapat dengan daknya macam ya, jadi macam ya lah islam dimata daknya.

Untuk daknya merapat dirik dgn urg ilmu agama islam ya jauh sekali lah. Sebab daknya merasa takut konon2 dipaksa masok islam. Which is sebenarnya salah. Islam langsung sik memaksa pun untuk urg yg nk belajar hal islam untuk memeluk islam.

Hidayah islam ya pun bukanlah diberik dengan ilmu semata-mata, tetapi ya datang dari Sang Pencipta, yakni Allah s.w.t.

Dalam isu murtad baru-baru tok, yg sebenarnya, murtad tok adalah degree kesalahan paling tinggi dalam hukum islam dan yg berkenaan wajib bertaubat dan kembali dalam Islam.

Bila disebut murtad, ya adalah masalah dalaman umat Islam. Yg murtad ya ngakuk islam tp molah kepercayaan agama lain. Apa agama nya semasa murtad bukanlah masalah tp bila dah ditauk murtad, tugas utama kamek orang islam adalah untuk ngembak nya pulang.

Jadi sik perlulah nak dijadikan isu. Setelah mana nya jadi islam, daknya dah jadi saudara seislam kamek org dan selayaknya daknya mendapat layanan seperti seorang bersaudara.

Hidup kita tok memang berbeza2. Ada lain agama, ada lain bangsa. Bahkan tok pun dah dipadah dalam alquran yg menjadi kitab panduan kmk org islam…

Al-Hujurat 49:13

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

get Quran App:https://goo.gl/w6rESk

Jadi pendek kata, dalam apa2 juak hal, kerukunan dan keharmonian ya haruslah dijaga dengan sebaik2 nya. Jgn ada unsur provokasi, maokpun niat nk mengadu domba urg kerana kepentingan dirikpun.

Dalam kes tok banyak bena silap semua urg kerana masing nk memenangkan pegangan masing2. By the end of the day kita tok semua hamba tuhan jak pun. Kuat2 &berpengaruh ne pun, cukup masa abis juak. Makhluk bah….

Categories
general

Cerita Tepi Padang.

Posting ini tok bukan lah sesuatu yang kontroversial. Biasa ajak. Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman tentang bolasepak Sarawak yang tengah hangat memperkatakan isu match fixing yang dah meledakkan ‘spark’ kemarahan banyak pihak terhadap pengurusan bolasepak Sarawak.

Sebelum 2009, FAS sebenarnya telah terkubor. Sik payah kata apalah, dah dipadah muflis kerana bebanan hutang sana-sini pakey support team football Sarawak yang nyata dah ditinggal oleh semua urang.

Pengurusan masa ya berdepan saat-saat sukar sampekan ada yg sanggup up-front dolok duit dirik pun pakey cover expanses kerana still maok nak go-on dengan league waktu ya. arum bulak sekda fund lain bergantung dgn sponsorship dari kerajaan negeri dengan fund dari FAM.

Kutipan tiket nang sek ada lah. Sebab bukan stakat Sarawak ajak, semua tempat pun ada masalah sama. Football Malaysia sangat ‘tercemar’ waktu ya.

Sampelah 2009, usaha untuk merevive ball Sarawak setelah urang rami terkejut tentang berita sakit tenat FAS.  Sebab atas dasar teringat cerita mensia Ngap Sayot dan Bujang Senang lah rasanya  terdetik hati urg kuat Sarawak waktu ya untuk nyuruh Datu Sudarsono Osman duduk di jawatan Presiden Ball Sarawak.

Dipilih, proses yang biasa dalam persatuan namun ada pembaharuan. Di polah FAS-FMG pakey revive ball Senior team Sarawak- ibarat nubuh sebuah kelab ball baru under FAS.

Dibawah FMG, Sarawak mula angkat. Kendalian Hj Zaki Sheikh Ahmad ngidup balit ball Sarawak. Rami dah urang balit ke Stadium.

Dari berpuluh jadi beratus. Ya pun dah cukup meriah. Maka di sia tumbuhlah group fb kamek org: sayotters Sarawak fans Network. Antara satu dari berbelas usaha fans Sarawak nak nyuruh urg balit ke stadium termasuklah beberapa group lain, ada yg masih ada, ada yg dah sik ada kinek tok. Semuanya dari facebook dan juak forum  online, ada juak group scooter yg nak ngembak geng nanggar main ball di stadium.

2011,  Masok kita ke Piala Malaysia setelah berapa lamak sik merasa. Dalam kempen tok lah tercetusnya idea “curva” baru- ngumpul semua group fans Sarawak yg kecik2 ya duduk sama disigek tempat dalam stadium. Sak jadi banyak. Dipolah chant,  mbak drum,  mbak horn.  Kiak-kaong berlagu kedak urg sik betol tegal nak nyokong Sarawak.

Sampelah kinek tok benda tok berevolusi. Dari sikit jadi rami, dari rami jadi sikit dan 2018 yang sikit tok tinggal mereka yang benar-benar masih ada minat ngan ball Sarawak. Bukan nak madah urg lain sik minat, tapi GB13 dah Berjaya molah channel nya pun untuk membantu ball Sarawak.

Tetap sama juak. Disalah erti. Dipadah nak lebih2. Tapi hakikatnya selepas hampir 7tahun, 2 kumpulan kepimpinan FAS tetap gagal ngembak Sarawak kecuali sigek jak cup yg kita ada-Juara Liga Perdana 2013.

Sidak dalam FAS berlagak jak madah sidak molah kerja semua, tapi daknya sik pernah mikir apa usaha urang lain untuk ngembak urang balit ke stadium. Propaganda, tshirt merah, chant di waterfront, apa indah. Dan macam ne GB13 berjaya ngangkat fenomena ‘baju merah ke stadium’. Sokongan padu ya bukanlah 100% bergantung kepada prestasi pasukan tapi ada faktor lain juak yang nolong untuk team Sarawak.

Kita sama-sama ngangkat ball Sarawak, kita tok sama- urang Sarawak. Buktinya, Saat Sarawak tengah down, berapa banyak urg yang masih positif. Tapi benda tok sik didiat oleh daknya dan boleh lagik mendakwa sekda penyokong senang kerja FAS.

Ya kata urang kerja FAS. Kata tuan presiden nya lain. Mun boleh mintak tulong juak ngembak urg ke stadium. Dilaksanakan kamek orang juak walaupun tauk benda ya mustahil tapi gohead ajak. Kerana Sarawak.

Mendakwa bagus Urg sik turun stadium ya, ya adalah cerita urang main liga kampong. Team yg sekda committment. Players diberik duit makan nasik ayam ajak. bukan gaji puluh ribu.

Kinek tok jaik2 sepalak players mkn gaji sebulan rm4k. ada sampe 100k pun ada arum bulak. Macam ne kita nak madah penyokong sik penting? Penyokong la meli tiket untuk support gaji players ya. Jaik2 pun bayar lampo stadium.

BIla players dah makan gaji ribu-ribu, bukanlah daknya  ya players biasa. Professional lah ya. Spenuh masa. Periuk nasik nya ball. Jangan lah dirusak sukati-sukati. Silap FAS bila mengabaikan penonton, sponsorship pun sik maok masok. Gaji players pun sangkut2.

Sblm tok nya sik Nampak, tapi makin lamak makin pincang. Maka yg jadi mangsa nya team kita seolah2 bergantung sik bertali. Kita ada 25 pemain professional yang perlu diurus dengan professional. Belum termasok coach lagik, kelengkapan lagik.

FAS ya persatuan. Persatuan ne boleh berbusiness tentulah nunggu duit berik urg baruk ada duit. Tiket ya kira sumbangan urang rami dengan team. Sponsorship akan masok mun urg rami nanggar. Sebab ada commercial value. Tok lah modern football. Business bah.

System ya ada dalam FAS ya bagei ada badi kerana tiap kali pertukaran kuasa mesti last term ya ada ninggal taik. Bukan sorang ajak tapi dekat nak semua ex-presiden FAS jadi jaik lepas abis term.

Tahun tok idar datuk posa majais gik jadi mangsa. Belom abis term, dah Nampak dah ‘soon to be’ taik di sia. Well, yalah perlu diubah. Ball kita sik dpt lagik main cara lamak. Kita kenak molah cara baru.

Kerana apa, apa yang ada pada waktu tok semua ninggal taik. Lesen tinggal taik, gaji tinggal taik, scouting import pun tinggal taik. Kita sik bergerak secara total professional.

Sebenarnya barang tok semua Sarawak sekda. Termasuklah stadium sendirik. Bukanlah menyalahkan FAS sikdpt nyedia prasarana tetapi kerana duit kita sik sampe ke sia. Gym pakey gym urang, stadium milik perbadanan, sampe urg jaga tiket pun urg volunteer nak nulong. Makan gaji elaun.

Setiap tahun duit  yang masuk ke tabung FAS cukup-cukup untuk membayar duit gaji, tiket terbang  turun nait, sedikit untuk merik badan gabungan, sedikit lagik pakey so called pembangunan. Boleh kata 100% dipakey untuk operational tanpa baki. Jadi macam ne lah kita nak meli asset?

Apa urang madah, apa best gilak GB13 ya cakap ajak, ngerja sik pande. Jangan cakap sombong. Kamek org bukan sik ada nak nulong  Sarawak. Udah ditulong, tapi oleh kerana perwatakan mudak kmk orang dilalu urang ajak idea. Bahkan idea dicuri diolah balit pakey kepentingan dirik pun ada. Akhirnya, kerja nya jadi sik tentu pasal sebab sik paham kerana barang yang reka-semula dengan ‘duit’ bukan passion.

Benda macam tok dah boleh dipadah gejala. Semua nak disalah guna. Bukan setakat persatuan, bahkan ada penyokong pun ambik kesempatan juak. Memang sik salah nak molah nama, tapi biarlah cara nya betol mun stakat nak main numpang ya iboh jak. Yang mangsa nya urg yang benar-benar molah barang ya untuk jadi. Polah jak benda lain, banyak gik cara lain nak molah nama. Udah sorang, sorang jak lah. Kreatif bah kata urang.

Secara dasarnya kelemahan utama team kita Sarawak waktu tok adalah dana dan pengurusan. Estimate kasar untuk menggerakkan team Sarawak ya adalah sik kurang RM5juta setaun.  Untuk team senior ajak ya. Ya pun masih makey sistem kinek tok, players +coaching +sukarelawan. Mun makey permanent/contract staff gine ndak kah.

Sebab ya kita perlu carik dana pakey ball Sarawak. Lepas ya kaedah pengurusan juak perlu diubah. Perlu ada struktur lengkap dan perlu dimasok SOP dan ISO di sia.

Kinek tok kita sekda berisik semua ya. Semua ikut rasa, budi bicara dengan buah fikiran 3sang pemengang jawatan. Mun nya rasa ok, gohead ajak. Tanpa ada guideline atau procedure lengkap. Procedure pun procedure pakey nyelamat dirik pun. *kobek*

Operational nya out lah bila sekda pengurusan betol. Ibarat meli komputer tapi sekda Microsoft Word. Pakey tanggar ajak dgn pakey main solitaire. Ujung2 burok kedak ya ajak. Karan(kira dana kita lah) pun abis bila ditandah on. Ada Komputer tapi sik dpt dipakey. Kira anology nya lah.

Oleh kerana dengan adanya GB13, kmk orang ada kesempatan berkelakar dari atas sampe kedebah urang dalam FAS ya. Dari urg yg benar2 nak ngangkat ball Sarawak sampelah ke urang nangkap kantau dalam ya, Inshaa Allah kamek orang tauk.

Sik payah nak berlakon lah. Action is louder than word  kata urang putih madah. Bila padah lain jadi lain ya tauklah kita barang ya benar kah isik. So let it be. Bukan urusan kita nak nilai hati budi urang tapi bila dah tauk ya, biar kali ya jak lah kita berusan barang ya. Barang lain ya cerita lain.

Yang penting waktu tok, biarlah outline FAS ya diubah. Sebab lepas Datu Sudar take over nya dah molah FAS-FMG yang sepatutnya mengurus team kinek tok. 2017 pertukaran kuasa FAS, nya nyerah FMG kepada FAS tetapi sidak sik berani kerana sekda audit trail perjalanan FMG ya. Sememangnya pelbagai tuduhan dilemparkan bila barang sik jelas.

Dengan adanya entiti yang boleh kita padah ‘club’  tok kita boleh nanggar dengan jelas profit and loss team, ada chart organisasi, ada marketing arm- bukan mcm marketing arm FAS kinek tok mintak sponsor jak and molah kerja marketing ringan2…tapi marketing business, kita nang berjual barang, promote team, ada set merchandize yg  Sarawak akan gain duit ya. Bahkan penyokong pun boleh meli saham team pakey sponsor team.

Bila dah ada tok semua, baruklah lesen kita lepas. Lepas ya kita ada team professional ball Sarawak. Tok sampe bila nak harap makan ‘bersuap’ ajak2. Malar nunggu dana kerajaan negeri ajak2.

Datuk Posa dikhabarkan dah berbelanja lebih sejuta pakey duit dirik pun untuk FAS, yang secara peribadi kamek rasa sik wajar kerana nya presiden yang sepatutnya carik dana bukan berik dana dengan FAS. Berik secara personal ya dah boleh melanggar etika nya sebagai presiden. Boleh jadi ada conflict of interest di sia.

Ada beza carik dana dgn berik dana. Tok istilah yang susah nak dikata, waima merik ikhlas hati tapi sik wajar nya merik duit ke sia tanpa sebab kerana FAS ya bukan haknya. Sekiralah masok balit duit tajaan dalam FAS kelak adakah sponsor ya dipakey utk ganti duit yang diberik oleh Posa Majais sebelum tok? Mun mcm ya balit ke-0 lah akaun FAS.

Sebab yalah kuat kamek madah pengurusan FAS ya perlu ditukar. Nok barang macam tok lah sekda urang ngurus and merekod dengan betol.

Ball kinek tok dah jauh beza dengan ball mensia. Kinek tok ball dah professional. Nama ya dimbak nya, jadi sigek brand. Macam ne JDT maju sebab daknya mecah dinding ya. Kita tok malar bisin maok menang tapi cara untuk kita menang ya sik ada.

Ada cara, tapi cara nk menang Liga Maghrib la. Mun nak menang Liga Perdana atau Liga Super besar lagik pengorbanan nya.

Bersambung…

Categories
general

ada apa dengan masalah?

sekda manusia hidup dalam dunia tok tanpa masalah. semua ada masalah. dan setiap masalah mestilah ada solution @ penyelesaian nya. Hakikatnya, dunia tok bukanlah tempat kita untuk goyang kaki. mun nak bersenang-senang sekda masalah, sewenangnya kita koreksi dirik kita pun kerana Dunia tempat kita hidup tok sememangnya penuh masalah.

Penyelesaian kepada permasalahan sebenarnya adalah mudah. Tapi rami yang rasa masalah ya komplikated sampe ada yang kenak depression, sakit, runsing, sik maok makan, ada sampe terembak nyawa tegal stress oleh masalah.

Sememangnya, mun kita terus bergantung dengan duit, urang lain, ubat sememangnya lambat dan mungkin sik akan selesai pun masalah kita ya. kerana puncanya sik kita abas dan sik kita mintak untuk dijauhkan dari musibah.

Sebenarnya masalah tok makhluk macam kita juak. dicipta Allah tapi nya sik la berbentuk berjisim macam kita. Tapi kerana sifatnya sik berjisim kita lupak yang nya pun datang dari Allah juak.

Makanya, mintaklah dengan Allah dengan doa dan sabar untuk keluar dari masalah. sememangnya dari pandangan kasarnya kita sik akan dapat terimak akhiran sebuah masalah ya, mungkin jauh tersimpang dari apa yang kita sangka sebelum tok.

tapi bila dah sampe ke sia, Inshaa Allah, Allah angkatkan semua kesusahan ya.

Categories
general

Tahfiz Terbakar, Rahsia Terbongkar

Bila dikenang, jaik ati dengar berita kebakaran rumah tahfiz di Keramat baru-baru tok.

23 nyawa terkorban. 7 suspek ditahan. Awal2 tok madah berpunca dari selak-menyelak antara miak tahfiz dgn cdak 7 tok. Berebut padang futsal dengar nya.

Dah di test air kemeh, 6 dari 7 positif under influence. Bila di soal siasat, sidak ngakuk memang ada niat nk nunok sekolah tahfiz selepas berbincang besar panjang.

Imagine jak umur dlm lingkungan belasan tahun, ada molah meeting molah projek nunok sekolah. Cukup gik dengan “idea” lengkap pakey nyusah urg keluar dari bangunan.

Aku secara jujur xdpt nk membayang apa rasa pengempang ati sidak tujuh tok nanggar bangunan ya hangus nunok 23 urang dalam ya.

Yalah apa pun, Allah s.w.t dah pun mukak mata kita madah sesungguhnya ada ‘rahsia’ yang perlu dibukak pakey sedarkan kita yang masih hidup tok. Atau lebih tepat, ikhtibar dari kejadian.

Banyak gilak ikhtibar dari kes tok. Bait dari sudut urang ahli agama, pemimpin, pendidik, jiran2, penguatkuasa, masyarakat dan semua kitalah ambik ringkas.

Aku nanggar kejadian tok sebagai kegagalan dan kejayaan.

Pertembungan nyata antara hak dan bathil. Terlalu besar gilak barang nak Allah dedahkan dengan kita.

Rahmat-Nya untuk kita mukak mata dan kembali ke jalan-Nya.

Hakikat kematian ya memang dah nyata. Urusan dunia sidak terkorban ya dah Allah selesaikan. Yalah, jgn disesalkan lagik. Yang nyata Allah dah merik sebaik-baik pengakhiran bila semua mendengarnya menyatakan rasa ikhsan dan bersedekah al-fatihah. Dah ada tanda husnul khatimah ya.

Tapi, hikmahnya Allah maok kita sedar kekhilafan kita dalam men-tahfiz-kan anak-anak kita, bait dari segi cara ataupun niat.

Wallahua’lam. Ya masing-masing punya hati budi dan kaedah tapi dari sia terdedahlah cara pengurusan, aspek didikan, aspek pergaulan dsb. Semuanya berkaitan. Memang sik dinafikan barang ya mulia tapi mungkin kita terlalai atas amanah Allah lalu kita ambik jalan mudah untuk mencapai hasrat.

Gia juak dengan sidak tujuh ya, mungkin akibat terlalu taksub dengan ilmu dan menurut kehendak hati, maka barang sikit pun pande jadi besar.

Sia lah kita boleh nanggar bila ‘ilmu berat’ dah awal-awal diberik dengan nemiak tegal ‘improvement’ atas sistem yang selalu di diat sik sempurna ajak-ajak.

Kejadian tok juak menggambarkan betapa teroknya sikap sekoh dalam kehidupan seharian kita. Semua nk di ringkas, asal cepat nguntung.

Nak kelakar panjang2 pun susah juak.

Apa2 pun, sememang nya dalam setiap kejadian ada hikmahnya. Ingat jk kisah perjalanan nabi Allah Musa a.s dan Khidir a.s, sememangnya ada pembaikan nk Allah hantar dlm setiap kejadian.

Teringat kata ustaz ceramah, antara urg yg dijanjikan tempat khas di syurga adalah ibu bapa yg anak-anaknya yang pergi mendahului ibu bapanya. Besar ganjaran ya.

Bersabar jklah. Allah sikkan nandah kita…

Categories
general

Rasa best molah kes di internet? Baca lokkk…

IMG_5629

Mungkin dalam kotak fikiran kitak urg, sebenarnya “hebat” molah penipuan online ataupun encuri henpon urang, molah komen pelik2 lam internet, etc… pendek kata molah kes la di internet.

Bagi sesetengah, memang berpendapat susah untuk di kesan, sebab internet ya dunia ‘maya’, sekda sempadan, dan sapa-sapa jak boleh jadi. ada jak alasan nya untuk menafikan setiap perbuatan. tapi sebenarnya, nya pun telah terperangkap dalam ‘perangkap’ yang dipasang dirik pun.

Waktu tok kebanyak ‘penjenayah’ tok masih aktif. kenak? sebab sekda kesedaran untuk urang menyelesaikan masalah tok. satu laporan polis sik dipolah, sigek juak sidak polis sik terlayan aduan sebab kes tok terlalu terpencil; lagikpun terlalu banyak ‘redtape’ untuk polis bertindak, sebab kurang kefahaman secara teknikal tentang perkara tok. lagik pun, polis pun 95% adalah ‘it user’  juak sbb sidaknya adalah pengguna, dan bukan urg aliran IT/Communication.

‘perangkap’ yang dimaksudkan adalah handphone atau device yg dipakey daknya pun. Sebenarnya, pada HP kita ada sigek ‘identifier’ unik yang hanya ada pada device ya ajak dan sik dapat diubah kedak ya jak. identifier boleh kita namakan as address lah untuk setiap device.

Secara fizikalnya memang kita sik nampak sambungan ya, tp sebenarnya data sampe ke hp kitak urg adalah melalui address ya.

Atas sebab cost, kinek tok telco memang makey sigek lagi dynamic address (yg boleh berubah2) untuk sambung ke device kitak org,  sama ada makey SIM Card ataupun modem.

Tapi walaupun macam ya, nya maseh sik dapat madam address tetap tadik. Jadi bila mana contoh, urang ngantar ugutan/viral/gambar curi semua sebenarnya dapat di trace balit dari sine datangnya. sebab setiap barang yang keluar ya akan diengkah address pengirim nya. tinggal kerja sidak Polis/SKMM/syarikat telekomunikasi ya lagik trace dari sine datang nya barang ya.

Penyangak ya tek mungkin rasa, mun tukar sim card, pakey sim card baru sik urang tauk, tp address device ya tetap sama dan maseh boleh dicarik. pendek kata mun nak molah jaik, lepas molah taik ya, buang jak semua ke aek. sikdapat diselamat-selamat lagik. tinggal pande dirik jak nyelamat dirik pun.

Walaupun benda tok nampak straight forward tp kerana kemajuan teknologi yang cepat, benda tok jadi bertapok dibelakang-belakang. dari mudah menjadi remeh untuk encarik benda tok. sebab ya juak mun kes-kes biasa sidak penyiasat tok ambik endah sik endah jak sebab renceh kerja tok. dan mungkin akan makan masa untuk tracenya. bergantung kepada polisi syarikat telco. ada sidak nyimpan, ada juak sik nyimpan data ya lamak2.

gia juak dengan camera curi. sekali pun kamera ya sik bersambung dengan internet, tapi sekali kita upload gambar dari kamera ya, mun urg rajin bercarik, dapat juak ditemu sine kamera ya ilang. Sebab dalam gambar ya, ada diengkah detail nombor siri, model kamera dan etc.

lepas ya diupload ke internet dari device.  Semestinya, asal wal usul gambar ya akan ditauk juak.

Macam aku pun, walaupun aliran IT, tapi dah beberapa kali juak kenak bulak urang. Sebab nya penipu sik semestinya pande IT, tapi nya pande ilmu tayes nyuruh kita pecayak. ada beberapa tekniklah sidak tok pakey untuk mulak kita, antara softspoken, immediate respond to request, nabur janji-janji yang terlaluuuuu manis seperti harga yang sik masok akal dengan harga pasaran. sekiranya terlalu murah, mun boleh jangan jak dipecayak.

Benda macam tok lah sik ditauk bait penyangak mau pun mangsa. sebab makey internet main pakey ajak. sik mikir ulu-ilir sebelum molah kerja.

Langkah utama untuk kita semua adalah mintak elak dari bertembong dgn urang mcam tok. Mun dah terkenak, Segera jak molah laporan polis dan bagus juak diviralkan. sak mangsa lain boleh baca dan dapat juak molah laporan yang sama.

Bila laporan banyak, dapatlah molah tindakan. sebab apa, dalam dunia kinek tok banyak gilak urg dah start main tipu di internet. ambik gambar urg lain, padah dirik ngempun. jual barang, ambik duit tapi barang sekda. dah banyak gilak.

Ada sidak tok cuba melepaskan dirik, delete social media pun account, off handphone dan etc. tapi sebenarnya, once HP nya on balit, waima makey nombor lain atau modem internet, sudah semestinya dengan mudah di trace sbb laluan internet kita di malaysia tok limited. arum bulaknya, sigek jak pipe besar.

tracing pakey internet tok boleh kira accurate juaklah sebab, nya trace dari sine address ya masok ke internet. ambik contoh, mun nak nemu sik A nya akan di trace di sine data nya request paling terkini. jadi dari sia sidak akan trace sine lokasi semasa kita.

jangan lupak juak kinek tok device dah banyak juak dipasang system GPS. senang-senang jak sidak expert to activate barang tok. sebab ya lah mun nanggar cerita urg putih mun teknologi baru ditunjuknya, boleh jadi nya adalah benar dan bukan fiksyen semata-mata.

Akhir kata, kita dah masok ke sigek era baru dunia komunikasi. secara jujurnya, kita patut belajar cara yang betul untuk menguruskan personal internet kita. jgn mudah nak terkongsi2 wifi/HP dengan urg. kerana mungkin silap-silap kitak urg gik jadi suspek utama. bahaya…

 

Categories
general

demi masa.

ada sebuah surah dalam al-qur’an. ayat makkiyah (diturunkan di Makkah) yang hanya ada tiga ayat. surah tok adalah surah terpendek dalam qur’an. surah al-asr.

dalam tafsirnya, firman Allah:

Jpeg
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Demi masa (1) Sesungguhnya manusia (berada) dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3)

toklah sebenarnya hakikat kehidupan di muka bumi tok. rugi. sekda yang nguntung. jadi janganlah kita selalu sedih hati mun kenak pulo ka, molah bait sik diat urang. seribu macam usaha kita nak dihargai urang. tapi last-last rugi. sebab nok dipolah kita ya pun merugikan bukan nya nguntung mintak perhatian ya. termasuk saya pun molah macam ya juak.

Cuma, dalam surah ya dipesan nya ada empat bahan untuk sik rugi. atas sekali, beriman, duak beramal, ketiga kelakar benar, empat mbak sabar. ya jak pesan yang ringkas mun nak bahagia. mungkin kita sik nampak barang ya kinek. lambat laun akan merasa ketenangan jiwa ya.

sebenarnya dalam hidup tok sekda barang untung cepat. cepat kita untung, cepat juak kita rugi. semua perlu ikhtiar dan tawakal. sebab ya urang tua ada madah istilah “durian runtuh”. nya sekali ya ajak. nya sik akan berkali-kali. pisang pun sik berbuah duak kali pesan nya.

ada urang alim madah, dunia tok tempat masalah. bukan tempat untuk bersenang-senang. yajaklah pakey ingat kita pun bila kita di uji dengan masalah. sekda urg yang bebas masalah. tinggal macam ne cara kita nanggar masalah ya. ujung cerita nya, bukan ikhtiar kita 100% yang nyuruh senang, tapi redha Allah. Allah redha kita kaya, bahkan Allah yang redha kan kita jadi miskin. sebab ya janganlah sedih. Tuhan ada. cukup apa diberiknya dengan kita. jangan nak dibinggung bukan-bukan.

Kerana kurang kepercayaan dengan tuhan, banyak urg jadi terlalu yakin diri sampe bila ada masalah sekdapat settle, last-last mati ngantong dirik. sedangkan ada cara lain pakey nyettle barang ya. bukan nya perlu tenaga, hanya perlu berdoa. lepas ya bersabar dan menyimpan harapan dan keyakinan agar diselesaikan dengan segara.

Ada ustaz yang madah, mohon ampun dengan Allah dgn istighfar (ngucap kata urg Sarawak) , ingat Allah dengan syahadah (kalimah) dan ingat Muhammad s.a.w dengan Selawat akan membantu kita mendapatkan apa yang kita hajatkan dengan cepat (inshaa Allah). nya suruh amalkan 100x setiap hari. Inshaa Allah katanya mun yakin, akan ada pertolongan dari Allah dari jalan yang sik kita sangka-sangka.

apapun, kelak kita cerita agik. wassalam.

 

 

Categories
general

“Mulia gilak ka miak Ultras ya?”

IMG_20141208_104253
photo from sportsylo blog

Sememangnya sik lah miak ya mulia. Namun, ada jurang besar antara ultras dgn orang dudok nanggar ball dalam stadium.

Football dalam Malaysia tok dah lamak dolok lagik. jaoh lebih dolok dari Malaysia merdeka. Permainan yang diembak masok definitely dari penjajah kerana permainan tok amat terkenal di Eropah dolok-dolok lagik.

Atas padang ya 22 pemain, tp untuk memeriahkan lagik sebuah permainan, semestinya ada spectator yang nanggar macam ne game ya dimain. akhirnya wujud penyokong 11 atas 11 yang lain.

jadinya, penonton yang mulanya menonton jadi penyokong. dolok, urang menyokong sekadar memberik laungan semangat. as time goes by, wujud minat yang mendalam sehingga menjadikan penyokong ya sebagai elemen@pemain ke-12 sekira ingin kuat.

elemen ke-12 tok juak turut berevolusi, membentuk sekelompok peminat yang fanatik atau bahasa mudah nya “in-to” dengan team. kelompok peminat tok secara am sorang-sorang, tp kerana kehidupan bersosial di luar membolehkan sidak tok dapat berkumpul membentuk kelompok yang banyak.

Dari sudut pasukan @ pemilik kelab, daknya tok suka molah barang nok ‘seakan-akan’ fanatik fans tok. jadi wujudlah kumpulan sorak yang kita salu tanggar dan selalu sebut as fan club. bak kata urang, sidak tok ada ‘pump’ ada bunyi, sekda ‘pump’ sik jadi. dak tok sekadar untuk molah suasana seakan-akan macam penyokong tegar.

daknya penyokong, tapi sekadar suka nanggar team menang ajak lah. sampekan ada fan club yang bergantung harap dengan fund untuk bergerak. ibarat bekerja makan gaji. sebenarnya bukan salah daknya, tapi ‘cara’ yang ditunjuk dengan daknya macam ya, jadi daknya pun pikir semua barang macam ya.

Nak dijadikan cerita, 10tahun kebelakangan tok, wujud sigek group penyokong moden (cerita di Malaysia ajak to…. dalam dunia jauh lebih lamak dah barang tok) yang dikenal sebagai “Ultras”.

Ultras tok penyokong yang terang/focal, vocal dan loyal. sidak tok ibarat ancaman pertama dan terakhir pasukan lawan. sungguhpun sebuah team ya lemah, tp bila ultras nya kuat, team ya ibarat team superstar.

apa yang terjadi di Malaysia adalah ultras tok diliat sebagai penjenayah bolasepak.
Sebabnya- tiga perkara tadiklah. focal-vocal-loyal.

Kinek tok, banyak pemain akan rasa binggung bila Ultras sik datang stadium. seakan-akan roh pasukan nya hilang. especially mun main di tempat dirik pun.

Secara psikologi, ultras adalah motivasi kepada pemain. Penoh sigek stadium, tapi bila curva sekda, dak pemain akan tercarik-carik. Dudi urang lain dicarik daknya. Ultras dolok.

sebab daknya tauk, sidak ultras berkorban demi untuk nanggar daknya menang. terima kasih kepada media sosial dan teknologi kinek tok. dari sia dak players tok tauk juak perkembangan sidak ultras tok.

Menang adalah hadiah daknya pakey penyokong especially ultras. Kalah adalah kekecewaan untuk kita semua. sebab ya sendu jak nanggar players mbak muka malu ngadap penyokong especially ultras.

Dalam pada ya,  wujud juak pecahan-pecahan penyokong yang seakan-akan ultras, tp sebenarnya sekadar makey elemen ‘setia’ untuk ideologi lain. Berapa banyak nemiak yang madah ‘ultras’ tapi hilang dalam radar. bukan nya berbelas, bukan nya berpuluh, tapi ribuan. hilang. kerana apa? minat… tp sik dilayan urang, sik up, agenda dalam agenda sik berjaya, akhirnya ilang tinggal gia ajak…

wujud juak satu fenomena dalam Malaysia tok, bila barang angkat semua nak di ‘ultras’ nya. majlis nikah ada ultras, yb datang ada ultras, sampe lombak perauk pun mintak ultras.

yalah, barang tok bukan barang main-main. tok semua minat dan menjiwai minat ya. ada kelompok ‘ultras’ tok sanggup untuk melayan request pelik-pelik tok, akhirnya daknya terlecok juak. sebab objektive ke-ultras-an nya hanya kerana ‘trend’ bukan kerana passion terhadap pasukan sekadar suka ngetok drum, menyanyi dan mendapat publisiti.

Apa-apa pun bait ultras ka spektator ka, jalan hujung nya tetap sama. menyokong pasukan kesayangan. tapi dalam keadaan tertentu, ada dikalangan kita perlu juak belajar untuk saling menghormati dan menghargai.

Apa yang terjadi Malam Final Sukan Sea 2017, dapat jadi pengajaran kepada kita semua mengenai sikap kita. bait positif atau negatif. Sedih sebenarnya, bila kita nanggar setelah team kita jaoh sampe ke final, akhirnya kita jadi second best dan stadium kita secara sik langsung ‘dirogol’ oleh pasukan lawan.

urang yang biasa berada di dalam stadium ya, udah awal-awal di suruh surrender kerana sik dapat akses kerana sik dipedulikan dan sering dilihat negatif. Sorang pun sik berminat untuk membantu dan sekda urg pun yang mahu tampil untuk membantu.

Bukanlah untuk menagih simpati, tetapi sedikit penghargaan patut diberik dengan ultras tok. 70K penyokong sikkan sama dengan projection, energy dan chanelling sekolompok kecil yang biasanya duduk di sigek sudut dalam stadium. dan Chanelling tok mampu untuk mengajak 70k yang lain untuk turut serta.

Dan barang  tok pun turut diakui oleh pemain-pemain Malaysia sendiri…

https://youtu.be/F3og6jS2R14?t=20s

 

** photo courtesy : stylosport.blogspot.com