Categories
general

Sampai Bila Harus Begini?

Categories
general

Cukei Tok Sri Jagong

cm20160831nazri10
courtesy themalaymailonline.com

Kecoh Sarawak angkara pelaksanaan cukei Pelancongan.

Komen Datuk Sri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dgn Datuk Karim Hamzah, menteri pelancongan sarawak yg nyata mengangkat jabar urg Sarawak secara keseluruhan.

Datuk Sri Nazri kinek tok dah dilabel urg sebagai ‘jagong’ angkara statement nya empun. Tindakan kurang cermat Nazri nyata menyentuh rasa ‘samadirik’ urg Sarawak. Mun nya kelakar bagus, lom tentu cerita tok kecoh. yalah sigek jak pesan ku, Sarawak jangan dimain. gentuk ko sorang, sekampong kmk org ngamok.

Walaupun pada hakikatnya sik salah cukai ya, tapi Sarawak memang memerlukan masa utk melaksanakan nya. Sebab Sarawak sik pernah ada cukei yg seumpamanya utk perlancongan. di sinun, memang dah ada cukei yg seumpamanya pakey dak pelancong-pelancong tok.

di Sarawak tok, servis dan produk pelancongan tok baruk jk menapak.

Mun lah dilaksana cukei tok, makin lah terok industri. secara jujurnya Sarawak banyak tempat menarik tapi atas banyak faktor, nya sik dpt diexpose ke luar. jadi dengan offer tawaran harga yg murah tanpa cukai, dpt la kita narit banyak urg datang ke Sarawak.

Faktor perjalanan, Faktor komunikasi, promosi dan sebagainya menyebabkan pelancongan Sarawak agak terkebelakang, walaupun ada banyak tarikan pelancongan di Sarawak.

Lagikpun kebanyakkan hotel di Sarawak tok bukan dirami oleh urg puteh. urg kita pun merami negeri kita pun. sidak datang dari belah darat2 nun turun ke bandar utk berbelanja, perlu juak tempat diam, dah tentu diam di hotel nak. jadi adakah daknya pun nak diikhtiraf kita sbg pelancong?

Sebab yalah perlu masa untuk melaksana barang macam tok di Sarawak. faktor geografi Sarawak tok perlu ditanggar juak. dan sikkanlah kerana kamek org nulak ya kmk org lalu ingkar dan sik berterima kasih. situasi semasa cuba diat lok.

image
courtesy karangkraf.com

Ada pro and con tindakan Sarawak narit dirik dari Malaysia Tourism Board. mungkin langkah terbaik dilihat oleh Datuk Karim pakey mukak mata semua pihak berkaitan pelancongan Sarawak.

Tapi, pada masa yg sama Sarawak terpaksa menanggung kos segala promosi product pelancongan kita lepas tok. gagolah dak pelancongan Sarawak lepas tok. terpaksa sidak mereview lebih banyak tempat menarik, organize function promosi kebudayaan Sarawak.

mun boleh ajakkan masyarakat tempatan untuk involved, especially berkaitan program homestay, ngajar urg Sarawak utk berinteraksi dgn urg puteh juak. tok sik kita kinek tok mun nanggar urg puteh, alu bebek. pakaian nya dolok diperati kita. hehe.

Malaysian Tourism Board dah awal dah nutup officenya di Kuching. jadi kira tok nang dah ditauklah maknanya. Sekda solution concrete untuk issue tok. Nya ibarat, nk merik win-win situation ngan semua urg tapi pada masa yg sama ada hak yg terpaksa dikorbankan. bait kerajaan pusat, mahupun kerajaan negeri.

 

 

 

Categories
general

Sapa Sangka, Toklah Football kita…

Aku maseh ambak ati sebenarnya. Waima Sik menang, lawan selangor malam tadik. bukanlah sesuatu yang menghampakan.

Selepas tamat perlawanan, aku sik menjangkakan terungkap jawapan kepada satu persoalan besar:

Kenak Sarawak sik angkat2 lepas tukar coach, lepas tukar management bah kan FAS ya pun dah dirombak maseh juak sama. Corot, Onchet dan Apong jak jawap nya.

Akhirnya, terjawap soalan ya dengan satu perkataan ajak; Sistem.

Sistem football yg dipakey kita kinek rupanya dah sik berapa relevant. Sik kiralah, luar padang, dalam padang, sebelum main, lepas main, semuanya ada kekurangan sebab sistem yg dipakey kita dah ketinggalan dan irrelevant lagik.

Pernah juak terfikir perkara tok tapi sik nampak jelas, sampelah ada urg yang boleh merik padangan keduak, berdasarkan pengalaman nya di tempat lain- meaning to say expert lah. baruklah kita dpt madah that is exactly the point.

Maok-sik-Maok, sistem tok mesti dikemas kini sekiranya kita rasa maok berbangga dengan sukan bolasepak yg dipadah oleh sidak FAS mpun as “sukan rakyat”. semua urg main ball, semua orang minat ball. sik kira raja kah, menteri kah, miskin kah, kaya kah. Semua into ball.

Untuk go too detail memang sik dapatlah. apa jak kuasa aku tok. sekadar dapat berkongsi ajak.  Apa yg dioleh hampir seminggu tok tadik amat mengujakan.

Lepas duduk sama, kelakar sama, akhirnya membantu juak. macam kita tok peminat ball Sarawak. semua andaian boleh kita polah, sebab kita sik tauk hal ‘rumah tanggak’ dalam team. tp bila dah duduk di sia, maka terjawap soalan. kenak mcm tok, kenak mcm ya. Semua nya berasas, dan siklah seperti yg kita sangka2.

Sebenarnya kita dapat molah team 100% local players. walaupun pada peringkat awal aku kurang pecayak. paling abis tinggi kita molah pun 50% ajak sbb sekda talent.

Padu rupanya tek “sekda talent” ya because of sistem yg dipakey kita utk ngurus team dan players ya tek padu agak ketinggalan. Bait dari segi kewangan, pengurusan, coaching, player management, semua ada kepincangan.

System kita pakey waktu tok agak ‘loose’ menyebabkan terlalu banyak kerugian masa. bayangkan mun 15tahun dolok kita dah ngubah kaedah pengurusan football kita, dah boleh diambik dah hasil nya.

akan ada 10 players mcm JKT, 10 lagik mcm affendi julaihi, 10 lagik mcm Gilbert Gawing, 10 lagik mcm Ali Shafiee, 10 lagik macam Jalil Ramli, dan banyak lagik, boleh jadi team kita setanding ngan team asia lain waktu tok.

tapi yalah mungkin ada silap juak kita semua, bila ball kita start malap sorang pun sik maok nak ngangkat nya balit. bait menteri ka, pemain ka, mahupun penyokong. sebab paduhal tek sewaktu kita ‘ninggal’ football ya, football di luar nun dah berevolusi dan jadilah nya sebuah business yang besar. instead of sekadar pemainan rakyat yg kita padah.

apa yg lebih menarik lagik game atas padang ya pun dah ada sistem. dolok kita madah physical main peranan. badan besar, laju, stamina tinggi boleh menang. kinek tok maok ada utak juak baruk dapat menang.

Game semua berstrategi, ada analisis, ada apa gik yg lebih kedepan. mun nak menang, tool kedak tok perlu dipakey yang unfortunately tempat kita ada. tapi sik pande makey. yalah lepas tok, barang tok mok dilajar baruk dapat dipakey.

Yalah, akhirnya tek. terjawap soalan ya. seminggu ya tek, nang terkoal2. madah plan long term, short term plan. dah pakey cara tok, cara ya, carik sponsor, tukar ya, tukar tok. tp ditukar semua pun, mun system nya sik cun, tetap juak nya sik dpt dipakey.

ibaratlah kita makey kereta kancil, engine petrol di isik diesel. sik berjalan kereta ya. mun di isik petrol; isik pam kuning dengan isik pam ijo ada juak bezanya. silap2 mun cun combination nya, tinggal BMW olehnya.

Well, Semoga berjaya kita dengan wajah ball baru kita suatu hari kelak… Mun urg maok nengarrrrr….

 

 

Categories
general

Ada juak yg kita sik tauk…

Kesempatan se-group dengan sidak majlis Senator Malaysia ke Bangunan DUN 3minggu lepas banyak merik impact dgn aku sebagai urang Sarawak.

Hakikat sebenarnya, BANYAK kita sik tauk tentang asal usul negeri kita pun. Jangan nk cakap lawa lah mun kita bisin2 madah kita fight for Sarawak lah, apalah sedangkan kita sendirik sik kenal Sarawak ya pun.

Dalam lawatan ya, kira beruntung juak lah dengar taklimat mengenai DUN Sarawak dari speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar yang nyata molah aku layap sekejap.

Dikelakarnya hal-hal konsep2 dan ideologi yg telah ‘menawan’ Sarawak sebelum Malaysia, pemberontakkan di Sarawak, struktur masyarakat, sidak perabangan dan cerita sidak pengiran serta cerita Sarawak di Era Brooke dan juak Colonial.

Yang paling rugi, aku sekda ngembak pen atau kertas mahupun voice recorder utk mengulang dengar taklimat ya. tapi dapat juaklah nangkap kerana bagi aku, apa yg disimpan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, sik semua nya ada dalam buku sejarah sekolah yang kita baca.

It was a good thing la. lagik2 la mcm kmk org tok tek, selalu digelar konon2 “DIE HARD FAN” Sarawak. tapi, yalah sik semua benda dapat disclose dengan public. ada cerita sampe sengan dlm taklimat ya jak. ahaha… yalah nyesal juak sik prepare apa2.

Apa2 pun, aku nang salute dgn Datuk Amar Asfia, kerana dari pengamatan aku, belum ada gik ku nemu urg yg ‘verse abis’ tentang Sejarah Sarawak setakat tok. ada yg proclaim pakar sejarah tp cerita nya ada berbaur hasutan, kebencian, berbaur anti-penjajah. where as, apa yg disampe datuk Amar Asfia lebut neutral dan convincing.

Mudahan ada kesempatan untuk nenggar talk datuk amar lagik di masa datang. yalah, kita tok generasi mudak pun perlu tauk “roots” kita in order utk nanam jati dirik kita.

Categories
general

“Denan” dalam Kenangan…

Secara jujurnya, bukanlah kenal gilak atau “upclose & personal” dengan Almarhum. tapi dari kecik, memang dah selalu dengar nama “Adenan Satem” dalam berita news ka, majlis perasmian ka, majlis pengilan ka.

Sememang nya, apa yg kita tauk tentang nya kinek tok, yalah nya dari dolok. suka berjenaka. dalam ucapan nya, nang selalu terselit cerita-cerita jenaka keday kopi. bukan senang sebenarnya pemimpin, ataupun wakil rakyat boleh tauk cerita keday kopi tok mun sik nyapun duduk dikeday kopi nenggarnya.

laungan “ohhaaa..” ya memang trademark nya dari dolok lagik. mun sik silap, waktu ya Sarawak organize first sukma kah, atau pun Sarawak masok final FA CUP 1992. laungan tok kedengaran oleh nya pun. Nang jenis urg suka microphone Tok Nan tok. Berlagu, berjenaka, dekat gilak ngan hati kita urg biasa tok… Tok Nan tok lah antara penyokong tegar Ngap Sayot…

Walaupun namanya ada tenggelam sekejap dalam arena politik Sarawak, tp nya tok maseh juak diingat urg. Ditunggah balit oleh Datok Taib masok balit bermain dalam kancah politik. Dan bayangan nya adalah next CM Sarawak waktu ya dah ada, tp masih juak samar-samar, dikala waktu ya Datok Taib dah ada tanda-tanda nk turun.

sebelum ya, Datuk Denan pernah juak nait ke KL jd menteri persekutuan tp sekejap ajak. Sarawak juak arumbulak nyaman pakey TokNan bekerja.

Bagi kita generasi mudak tok, toklah contoh pemimpin era moden yg patut kita semua ambik contoh. moderate ajak. mun ya hak kita, perjuangkan habis-habisan. sik salah kita mintak, hak kita.

Dalam berurusan, protokol ya kurangkan. jgn banyak gilak birokrasi. barang sik betul, betulkan, urg susah jgn dibiar, tulongkan. lepas ya, sigek gik cara datuk denan, jaga hati urang… kita Sarawak tok sama jak katanya, Melayu pun Sarawak, Cina pun Sarawak, Iban pun Sarawak, pendek kata sapa yg lahir di Sarawak yalah urg Sarawak.

Jasa “Denan Satem” nang sik dpt dibalas oleh urg Sarawak. Hanya mampu kamek org bersedekah al-fatihah serta doa, dan menmanfaatkan ilmu yg ditinggalkan TokNan pakey kita.

Langkah 2 tahun Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Hj. Adenan Satem ibarat langkah kemajuan Sarawak 20tahun ke depan… seluruh Sarawak berduka sebenarnya dengan pemergian nya….

Al-Fatihah.

Categories
general

ziarah ke Tanah Haram…

Syukur Alhamdulillah, diberik kesempatan oleh Allah untuk sampe ke kota Makkah dan Madinah. walaupun bukan utk ngerja Haji, dapat ngerja umrah pun dah cukup.

Bercampur-campur jak perasaan. ada rasa sedih, ada rasa gembira, nervous, takut… sebab bukan sebarang tempat yang nak dipergi ya. pertama Makkah tok letakkan nya kaabah, kiblat kita. nak nanggar depan mata… lamak tok dengar cerita jak dari family and kawan2 yg dah sampe sinun. tok dirikpun nanggar depan mata… Alhamdulillah dilangsungkan Allah juak menjejakkan kaki di masjidil haram….

Nak masok ke Tanah Haram @ Makkah, sik dpt terus masok berbaju biasa. Wajib kita berihram dolok, dan terus molah Tawaf dan Saiee, dan bertahlul sebelum kita melepas ihram. dalam erti kata lain molah umrah la…

Dari dalam belon dah berihram. kamek org bertolak dari KLIA hari 4hb Disember. Tghari… flight 8jam, tp sampe sinun 5ptg hari ya sama di Jeddah. masa ada kebelakang 6jam. jadi sekiranya di Malaysia tok pukul 1200tgh sinun baruk 6pagi. balit2 sitok, alu kenak jetlagg aku. time sampe sinun pun sama juak. ada rasa ngantok2 jak mata utk beberapa hari pertama.

Malam ya juak kmk org ngerja umrah. dah selesai umrah pertama. hari keduak ya kmk org telah dimbak ziarah ke kota makkah. dimana melawat tempat-tempat bersejarah seperti gua thur, jabal nur dan terus ke ja’ranah utk molah miqat utk umrah keduak, sapa yg maok molah la… mun sik maok pun sik hal, sebab umrah wajib waktu datang ya dah dipolah nak… kira dah masok ke makkah lah.

samadirikimg_6149
somewhere area jabbal nur

Dalam ngerja umrah tok, yg paling utama adalah ihram. sekda ihram maka sekdalah umrah. ihram tok kiranya pakaian lah, kain putih 2 igek yg sik bersambung hujungnya. sigek dipakey sabok, sigek gik kepakey nutup badan. nak berihram perlu berniat. yalah tek ke tempat miqat ya tek, kira border sblm masok ke makkah.

Dalam ihram, ada banyak pantang. contohnya sik boleh nyabut tumbuh-tumbuhan, nyabut bulu, makey pakaian berjait, sik boleh bergaduh, dan beberapa lagiklah larangan. sekira dilanggar, boleh dikenakan denda yg dipanggil ‘dam’. kenak dam ya agak besar juaklah. melih sikok kambing jaik2 nya lah atau merik makan sejumlah fakir miskin, ataupun boleh diganti dengan puasa. depend ngan kesalahan.

Ihram hanya terlepas selepas kita ngerja tawaf dan saiee secara berturutan, lalu bertahlul- motong beberapa ley rambut. lepas ya ok lah sekda pantang larang lagik. tapi nama di tanah haram, tempat istimewa. sik dpt juak nak cabol sebarang olahan kita…

hari keempat kamek org di makkah, kmk org telah dimbak melawat ladang unta sblm sampe ke hudaibiyah. Rami kamek org terkejut air kemeh unta disitok boleh diminum. hehe. sekda juak encoba nya. sekadar nanggar sidak berjual ajak. haha…

Selepas dari lawatan terus ke hudaibiyah bermiqat utk kali ketiga dan molah umrah yg ketiga. Alhamdulillah, dpt molah tiga kali umrah. sigek juak syukur gilak2 dapat molah ziarah ke kawasan perkuburan urg ninggal bapak di sitok. hari sebelumnya.

Berbeza dgn kita di Malaysia, sidak sitok sik molah kubur yg bagus2, paling jaik berbatu nissan. cuma hanya ada batu penanda ajak. sekda nama, sekda apa. kata mutawif kmk org, di arab ya sidak lebih berpegang dengan pendapat, urusan manusia hanya di dunia tok ajak, lepas mati habis lah. sik payah dikenang, sik payah di apa. cukuplah. even tahlil pun daknya sekda molah macam kita.

DCIM100MEDIA

Hari jumaat kmk org bergerak meninggalkan kota makkah sebelum ke madinah, tempat  Nabi Muhammad S.A.W disemadikan bersama para sahabat. di Makkah tok pun ada juak Sahabat yg dikebumikan disitok. terutama sekali isteri Nabi yg Pertama, Siti Khadijah r.a disemadikan di Makkah tok.

Perjalanan ke Madinah ngambik masa lebih kurang 6 jam perjalanan dari Makkah, tambah masa mbak singgah gik, arumbulak dekat nak 7 jam juak. tok perjalanan waktu biasa. cuba jak imagine perjalanan waktu sidak molah haji. mcm ne ndak kah….

samadirikimg_6255

samadirikimg_6254

toklah masjid persinggahan antara makkah dan madinah. turun2 jak rah sitok, suhu nya terus bertukar. sejok. dingin. rasa di kaki gunung…

Sampe di Madinah, suhu nya jaoh berbeza dengan Makkah. sitok hawa nya dingin. sesuai dengan barakah tempatnya yg menjadi maqam Nabi Muhammad S.A.W.

Di Madinah, semestinya tumpuan utama kita adalah masjid nabawi, di sia letaknya maqam nabi Muhammad s.a.w. Nabi terakhir umat manusia.

samadirikimg_6346

Banyak istimewa tempat tok, dimana di dalam masjid nabawi ada maqam nabi dengan duak sahabat rapatnya, Saidina Abu Bakar r.a dgn Saidina Umar al Khattab r.a yang cuma bersebelahan dengan maqam Nabi.

Selain ya, bak kata Rasulullah s.a.w… antara rumahnya dan mimbarnya adalah antara taman syurga, yakni raudhah. sialah tempat paling mustajab berdoa bagi mereka yg berhajat. tapi nak masok ke sia, bukanlah suatu perkara mudah. terpaksa berqueue panjang utk masok kesia..

DCIM100MEDIA

Sebenarnya, syukur Alhamdulillah juak aku dpt jejak kaki ke Makkah dan Madinah. sik pernah terfikir juak sebenarnya Allah jemput juak aku sampe ke sia. ngenang amalan dirik pun, ngenang kemampuan dirik pun… semua ya jadi sadaran aku awal2 bila mikir nak ke sinun.

nyata barang ya semua alasan kita ajak. Allah yg jemput kita, dan-Nya ngator sebaik-baik perancangan untuk kita. urusan nya jadi mudah. Alhamdulillah dpt juak nyejak kaki ke makkah dan madinah.

Banyak gik yg menarik, tp share dlm bentuk gambar jaklah. Semoga kita semua dpt ikhtibar dari penulisan yg serba ringkas tok. Sbb besarnya pengalaman tok. hehe.

 

Categories
bahasa sarawak general

Angkara “Med Sos”, nya ‘dirogol’ aih…

Med Sos atau media sosial. bukanlah perkara asing lagik dalam dunia kita kinek tok.

Facebook, instagram, twitter, blog semua tok adalah contoh applikasi media sosial yg terdapat kinek tok.

Kinek tok daknya dah bergerak ke telephone gik seperti contoh whatsapp, weChat dan macam-macam lagik lah asal barang ya dapat membolehkan kita berkongsi dan berkomunikasi dgn urg lain yalah dikira social media.

Zaman kita marek, mungkin media sosial kita adalah newspaper dan majalah, pen dan kertas. Kita molah diari kita pun, molah tulisan rasahati kita simpan untuk kita pun. Mun boring, baca. Tulis surat atau poskad dgn kawan sblm ada email dan internet.

Molah buku biodata kawan2, suruh kawan isik, ias kacak2, kelak passing2 dgn kwn suruh isik.
Sapa ngisik awal rugilah.. sapa last  ngisik nya paling untung. Haha…

Paling ekstreme sekali ngantar biodata dirik pun lam ruangan sahabat pena/majalah popular mintak urg nulis surat berkenalan dengan kita… haha, hantarlah gambar terkini saiz passport pakey engkah lam ruangan.

Med sos dah take over benda ya. Semua dah berubah dari pasif jd aktif. Dolok tulis biodata, berminggu nunggu queue nak keluar, kinek tok klik “post” terus ada. Boleh dicarik lagik ya.

Tambahan juak med sos boleh dikatakan 99% free. 99% cepat. 99% ekot suka kita. Semua bebas bercakap2 ttg apa nya suka. Sampe kadang bersadu apa nok sik patut pun ada juak.

Asalnya hanya pakey yalah tek molah personal webpage utk share info kedak kita molah kita pun resume. Tapi nya jadi berkembang bila nya sambung ke sia, sambung ke sitok, kenal di sia, kenal di sitok jd sigek kommuniti besar.

Ditambah lagik dgn dpt engkah gambar, dapat engkah lagu, video,makinlah jadinya.

Asalnya barang hasil kerja org IT, tp manfaatnya dikembang kepada bidang-bidang lain mcm business, psikologi, sukan, keagamaan, sains, politik, dan macam2 lagik..

Selain dari ya, media social pun dah jd lubang pakey penyangak molah duit, perogol mencarik mangsa, perompak ngipak mangsa.

Terlalu open di media social pub xlah terlalu bagus. Terpaksa set limit. Ada brg personal jgn tersusey2 kata urg. Lepas ya moden tok urg selalu nk terasa dirik bila urg lain post feeling nya ka, rasanya ka…

Apa yg pasti medsos telah jd rujukan awal masyarakat utk mengenali dirik kita. Kinek tok, mun urg xda dlm fb, insta, whtsapp susah nk percayak atau berkawan. Terlalu byk kerepak pun org sik suka juak, sbb terlalu emosional kata urg. Bah banyak giklah assumption urg terhadap pengguna atau pemilik akaun mediasosial tok.

Cuba jk protect sikit info2 yg cuba kta sampe dlm fb, ig, twitter kita sak sik semua nya kita expose ke public. Barangkali dan boleh jd ktk org adalah mangsa seterusnya….

Categories
general

El Capo: antara penonton dan tengah padang

2016 genap 5tahun gb13 wujud hasil air tangan sekelompok kecil penyokong Sarawak yg asalnya nk ngumpul sapa2 yg minat nanggar ball utk duduk sama and molah movement mcm style penyokong jepon ka eropah ka indonesia kah yg ada molah chant, main drum, molah choreo pergerakkan yg sama pakey support team kesayangn dak nya.

Asalnya, ada juak yg sama dirik supan mahupun jual mahal kerana sik percayak benda tok boleh pegi sejaoh tok. Hakikat sebenarnya pun sik semua kmk org sangka barang tok dah jadi sebesar tok. Jadi perhatian ribuan, mungkin jutaan rakyat Sarawak.

Hanya sekadar berkongsi pengalaman mcm ne berdepan dgn situasi bila kita ngejut2 berjalan atas jalan besar. Hehe… Ne sik nk san nyawa.

Dalam pada ya, yg sik dpt dilupak adalah mcm ne nk inject urg jgn down. Urg turun nanggar ball, semua ngarap nanggar menang. Tp bila dah kenak tinggal yalah paling tedah kita nanggar. Susah payah sidak ke stadium, nak pulang hampa, yalah sik dimaok sidak. Tp kadang2 mun dah kalah, kalah juak mostly ok lah lepas ya.

Tp emosi ya sbnarnya semua jelas rah airmuka sidak. Yg penting bila time genting macam ya, sialah kita perlu main peranan utk boost moral daknya. Tp kadang2 tewas juak oleh sebab negatif thought sidak terlalu dominan.

Bila dah menang ya, ok lah ajak biasanya sebab urg semua puas hati dgn result. Yang kadang jadi kecoh bila suasana tegang. Campur tangan penguatkuasa yg sik brp nk professional dan kurang gilak maok nerimak pandangan urg.

Terus terang madah dlm tempoh ya, aku jarang focus game Sarawak. Aku lebih tauk mood penonton dari game Sarawak. Hehe. Bagus ka sik bagus game Sarawak nya dpt aku tafsir dari air muka sidak, chant sidak ketika ada lam curva.

Terlalu banyak gilak pengalaman aku di sia. Lepas tok sik tauk gik mcm ne nasib Sarawak dan penyokong nya semua. Ibarat untung sabut timbol, untung batu tenggelam. Mana2 jk ada kebaikannya.

Mun kita maok spirit urg up,?communication kita dgn urg mok bagus. Ibarat mujok urg merajuk. Yg peling penting apa yg berlaku atas curva mesti sampe atas padang. Bukan apa nok berlaku atas padang masok dlm mental urg dlm curva. Tp yalah, kadang2 negatif thought tok terlalu dominant. Sabar jk lah. Yg penting jgn down. Gohead jak…

Categories
general

Memory Card…

Dari pertama kali di introduce, memori kad dah pun mengkagumkan dunia. Besar kotak matcis dpt simpan macam2. Zaman mensia penggunaan nya terhad utk permainan game ajak. Tp selepas ya nya jadi meluas, makin kecik saiz nya tapi  makin  besar kapasitinya.

Bukanlah aku nk kelakar hal sejarah memori kad, tp sbnarnya nak merelatekan kehidupan tok dengan memori kad. Haha…

Ibarat memori kad, yalah otak kita. Semua peranan function dan rakaman aktiviti seharian kita disimpan. Imagine jk mun dalam gigabyte, berapa juta gig ndak ka memori kita.

Mun zaman belajar dolok ada waktunya boleh jammed utak sbb dipadat dgn apa nok dibelajar oleh kita nok empat bulan dalam sigek  malam- last minute study. Ne sik nk lupak seranto2… haha

Tok cerita brg yg kita paksa masok, utak kita tersimpan juak brg yg kita sik paksa masok macam peristiwa, kejadian, benda bodo2 yg kita diat kadang2 pande playback depan mata kita. 

Sebenarnya dalam memori kad pun sama juak, sik semua data ya ilang waima lepas didelete. Gik ada info nya tinggal tp dgn saiz kecik…

Sama ngan utak kita, barang yg kita sik suka, konon nya tek sik mok diingat, sebenarnya maseh juak. Ne dapat dibuang. Mun sik cayak, ketek sikit, mesti bukak balit. Mungkin sik dpt recall semua, tapi intipati/pengajaran dari sia mesti ada juak pakey reference kita dimasa depan. 

Secara fizikalnya memori kad kinek tok makin kecik, memorinya makin besar… kedak nemiak kecik, dolok kita gik kecik ne tauk macam2, kinek tok iboh cerita… banyak gik ditauk sidaknya.

Biasalah ilham datang barang bodo2 mcm tok  pun dpt dijadi cerita. Tegal fedup berbukak tutup memori kad alu teringat nk bercerita. Mun ada manfaat harap dipakey, mun sekda pakey rilek ajak…

Categories
general

Rezeki dan Amanah

Yalah kita tok, banyak nikmat diberik Tuhan dengan kita- sama ada kita sedar atau sik sedar sebenarnya. sihat tubuh badan, rezeki, nikmat keluarga, harta benda, macam-macam lah. semua ya bukanlah jadi keberatan bg Allah s.w.t utk merik dengan kita. kita taat ka, sik taat ka, diberik juaknya sekda pilih kasih. tinggal cara kita jak nak makey barang ya cara lurus ka, cara bengkok.

Nak slowtalk stail ustaz sik juak aku pande. aku bukan ahli dalam bidang ya, cuma mampu kelakar cara urg biasa-biasa. apa didiat didepan mata dan nyata, yalah jadi panduan. mudahan tok pun suatu rahmat dari Allah pakey kita utk berkongsi ilmu dan sama-sama dapat manfaat.

Rezeki kita semua dah ditentu oleh Allah, bak kata urg ada urg rezeki lebih, ada urg sikit. ada yg lambat, ada yg cepat. ada cara betol, ada cara salah. tapi ya rezeki juak. sik dpt dipertikai. dah ditentu oleh Tuhan. yang penting kita sabar dgn bersyukur dengan apa ada, yang selebihnya, serah jak ngan Allah s.w.t utk ngator.

Ada pun rezeki berik tuhan ngan kita sebenarnya ujian untuk kita di dunia tok. Sik kisah lah, ujian senangka, ujian susah ka, tapi nang ujian lah. Bila sigek2 ya bersifat sementara ke atas dirik kita boleh jk kita anggap ujian. Sik kekalnya, ibarat kehidupan kita juak.

Mun dah kelakar hal rezeki tok Wallahu wa’lam juaklah zaman2 moden tok entah benar2 bersih kah sik harta benda kita. Barang dah banyak bercampur. Tawakal jak mampu dipolah kita mintak2 sekda papa jaklah. bukan nya apa, kita pun semua tauk dah banyak gilak fahaman yg membawak kepada pemisahan antara agama dengan kehidupan. mun boleh, hal agama, agama ajaklah, hal dunia, dunia ajaklah.

yalah jadi kecelaruan kehidupan kita. asal nguntung palak kita pun, yalah pilihan kita. sik kesah betolkah, salahkah kata Tuhan. yg penting untung. tapi barang gia sik lah nyata kinek-kinek nak dibalas. memang dah dijanjikan Allah brg ya usey-usey. khas pakey umat Muhammad S.A.W.

Jadi yalah, dalam turun balak ya usey2 bukan nya apa, merik peluang utk kita balit ke jalan yang betol. Allah sayangkan kita walaupun sebenarnya siapa jak lah kita manusia tok. tapi diberik juak tuhan peluang utk milih balit jalan-Nya.

Amanah sebenarnya rezeki ya. bukan nya 100% utk kita, tapi ada juak rezeki urg lain numpang di sia yg kita sik tauk. kadang-kadang jangan jak ditingas gilak mun ada duit kelak, pande rusak sia, rusak sitok, sik cukup ya, sik cukup tok. biasalah ya, sebab sebahagian ya bukan hak kita. redha jak, bila merik ya…selalu doa supaya Allah memurahkan lagik rezeki kita. kadang-kadang akan datang dari sine-sine sik disangka rezeki datang.

bak kata urg, mun ekot dunia lokek bok kaya. tapi Islam madah, mun nak kaya sedekah. makin byk kita sedekah, sedar-sik sedar, makin banyak urusan kita jadi mudah. kemudahan ya sik semestinya harta benda, kemewahan. tp dari segi kesihatan juak. keselamatan juak. dipanjangkan umornya… ya juak suatu balasan yg baik dari Allah s.w.t.. Wallah wa’lamlissawab…IMG_4593